Apakah itu Batik??
Abdullah
Mohamed (Nakula) pernah mencatatkan:Perkataan
“Batik” nampaknya berasal dari
Indonesia dari perkataan Melayu untuk “titik” dan perkataan Jawa “Mba” ertinya “menulis”.Oleh itu
“batik” bererti “menulis titik-titik”
yang dimaksudkan di sini sama ada berupa titik-titik dalam ertikata yang
sebenarnya atau berupa bunga-bunga dan
lain-lain motif kecil-kecil di atas permukaan kain putih. Kemudian, teknik untuk mewujudkan
motif-motif itu bergantung pada
zaman dan ruang.
Sumber: Abdullah b. Mohamaed.
(1990) Batik kita:
Falsafah
motif-motif dan
sejarahnya dalam Warisan
Kelantan IX : Perbadanan Muzium Negeri
Kelantan. hlm.13.
Sumber: Prof Madya. Dr. Harozila Ramli Pensyarah Pendidikan Seni Visual UPSI
Definisi Batik
•Kamus Dewan -‘batik’ bermaksud kain yang
bercorak, (dilukis atau diterap lilin dan dicelup).
•Wikipedia - batik merupakan perkataan
yang berasal dari bahasa Melayu atau juga Indonesia. Ianya merujuk kepada kata
nama hasil dari penggunaan lilin pada teknik celupan warna pada kain. Perkataan
ini asalnya dari perkataan bahasa Melayu iaitu ‘titik’ dan dalam bahasa Jawa
disebut sebagai ‘amba’ yang bermaksud menulis.
• Oleh yang demikian dapat disimpulkan
bahawa makna batik itu adalah merupakan hasil dari kata kerja membuat titik
menggunakan lilin pada permukaan kain yang hendak di warnakan. Ini dapat
dibuktikan dengan sorotan petikan dari
wikipedia:
Batik or batique
is an Indonesian-Malay word and refers to a generic wax-resist dyeing technique
used on fabric. The word originates from Malay word for dot or point, “titik”
and the Javanese word ‘amba”,
meaning “to write”.
Kesimpulan
Seni
batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang
diasaskan daripada penggunaan lilin dan bahan pewarna samada penggunaan pewarna dari alam semulajadi mahupun pewarna moden. Lilin merupakan bahan utama yang
digunakan sebagai pemisah warna samaada dilukis menggunakan
canting mahupun yang diterap menggunakan blok-blok
motif ke atas permukaan tekstil. Kemudiannya warna disampaikan kepada tekstil samada dengan kaedah celupan atau menggunakan berus. Keistimewaan dan keunikan seni
batik terletak pada ciri yang
berlainan bagi corak dan kesan yang
terhasil oleh kerana itu tidak ada sehelai
batik yang sama dengan yang
lain sekalipun menggunakan
canting, blok cap dan warna yang
sama
Hasil Karya Seni Kraf Batik : Studio Batik Asas Bersama dengan Pensyarah Batik
Prof Madya. Dr. Harozila Ramli
Pensyarah Pendidikan Seni Visual UPSI
Karya yang dihasilkan oleh Pelajar ISMP SENI UPSI
Karya yang menerapkan Teknik Batik Canting diatas permukaan fabrik
Berkarya berdasarkan tema yang ditetapkan
Kemahiran membatik yang dipelajari diterapkan
dalam penghasilan batik cantik